fb fb fb fb fb

HETR bakal jana RM12.1 bilion pendapatan negara menjelang 2030

(Menteri MOSTI Chang Lih Kang pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Sains Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di Pusat Sains Negara)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) bakal menjana RM12.1 bilion kepada pendapatan negara menjelang tahun 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan HETR akan memperkukuh sektor tenaga hidrogen di Malaysia, sekali gus menyumbang RM49 bilion hingga RM61 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan
Mesyuarat Majlis Sains Negara di Pusat Sains Negara/BERNAMA)

"Menjelang tahun 2030 diunjurkan antara 0.4 peratus hingga 1.3 peratus pengurangan gas rumah hijau dapat dicapai bergantung kepada modul pelaksanaan yang dicadangkan dalam HETR", katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) di Pusat Sains Negara.

"HETR juga mampu memberi banyak faedah sosioekonomi kepada negara melalui penjanaan sehingga 45,000 peluang pekerjaan dalam tempoh yang sama.

Kenyataan tersebut dibaca oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang pada sidang media mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) di ibu negara.

Dasar berkenaan akan diperincikan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Jun ini.

HETR turut menyasarkan penghasilan hidrogen dengan kos yang kompetitif untuk kegunaan domestik dan membuka peluang eksport.

Jelasnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memulakan inisiatif teknologi hidrogen yang pertama di Malaysia menerusi kerjasama antara agensi dengan industri tempatan.

Media Baharu