(Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli merasmikan Pusat Keupayaan Serantau Asia Tenggara (RCC) Deloitte/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 7 Jun- Pertumbuhan ekonomi yang tinggi perlu dikekalkan bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti tinggi.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, ia penting bagi menangani jurang kemahiran selain mempersiapkan tenaga kerja untuk pekerjaan masa hadapan.
Beliau berkata latihan semula dan pembangunan tenaga kerja juga perlu ditingkatkan kepada skala baharu.
(Menteri Ekonomi Rafizi Ramli)
"Kita fokuskan kepada inisiatiff yang sebanyak mungkin untuk kita percepatkan peningkatan kemahiran, bahawa kita perlu berubah daripada tenaga kerja didorong bekalan maksudnya yang pergi ke universiti dan melalui pengajian, itu akan berterusan tapi dengan secara cepat juga kita perlu tingkatkan didorong permintaan maksudnya latihan dan penambahbaikan kemahiran yang disediakan secara terus oleh syarikat", katanya ketika berucap pada perasmian Deloitte South East Asia (SEA) Regional Capability Centre, di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapan perasmian Pusat Keupayaan Serantau Asia Tenggara (RCC) Deloitte, jelasnya satu siri inisiatif peningkatan kemahiran berskala besar akan dilancarkan tidak lama lagi.
Program tersebut bertujuan mengurangkan ketidakseimbangan dalam permintaan dan bekalan.