fb fb fb fb fb

Seludup minyak diesel, warga emas ditahan KPDNHEP

SEBERANG PERAI , 17 Oktober- Seorang warga emas ditahan bersama kenderaan pacuan empat roda ketika sedang melakukan penyeludupan minyak diesel.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 9.00 pagi tadi di sebuah stesen minyak dekat Auto City, Juru.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, S. Jegan, penahanan itu susulan kenderaan yang digunakan dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan, pihaknya merampas 760 liter minyak diesel yang diseludup bersama kenderaan terbabit, dua unit tangki simpanan dan paip.

"Kita kenal pasti gerak-geri suspek mencurigakan, kemudian kita menghampiri dan mendapati kenderaan suspek memang telah diubah suai dan penahanan dibuat ketika suspek sedang mengepam minyak. Pemeriksaan lanjut kita mendapati ada dua tangki yang telah diubah suai di tempat belakang dan juga di tempat penumpang," kata S.Jegan kepada RTM.


(Tangki simpanan tambahan yang diubah suai oleh suspek dalam menyeludup minyak diesel)

Jumlah rampasan dianggarkan bernilai lebih RM41,000.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Media Baharu