fb fb fb fb fb

Pelancongan Islam jadi kunci bentuk semula masa depan industri pelancongan negara - Nancy

(Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berucap pada Persidangan
 Pelancongan Islam Dunia (WITC) Kali Ketiga di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Pelancongan Islam dilihat sebagai kunci untuk membentuk semula masa depan industri pelancongan, selain sebagai pemulihan kepada ekonomi negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelancongan Islam memerlukan pengiktirafan dan sokongan sama seperti industri pelancongan yang lain.

Antaranya daripada pengguna dasar, pihak berkuasa, lembaga pelancongan, pihak berkepentingan, pelabur dan media.

"Ia didokumenkan dalam Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030, pelan hala tuju negara untuk kemakmuran pelancongan, disokong oleh strategi transformasi yang dirancang dengan teliti termasuklah pengukuhan kapasiti tadbir urus, mewujudkan zon pelaburan pelancongan khas, menerima pelancongan pintar, meningkatkan kecanggihan permintaan, mengamalkan pelancongan yang mampan dan bertanggungjawab serta meningkatkan kemahiran modal insan," kata beliau semasa berucap pada Persidangan Pelancongan Islam Dunia (WITC) Kali Ketiga di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.


(WITC dianjurkan Islamic Tourism Centre (ITC) bermula hari ini sehingga 19 Oktober di WTCKL)

Jelasnya, persidangan itu juga dapat meneroka pelancongan Islam sebagai satu strategi untuk memperlengkapkan lagi industri pelancongan dan ekonomi negara.

WITC dianjurkan Islamic Tourism Centre (ITC) bermula hari ini sehingga 19 Oktober di WTCKL.

Sejak tahun 2019, Malaysia merekodkan sebanyak 5.3 juta kedatangan pelancong Muslim dan mencatatkan peningkatan sekurang-kurangnya 20 peratus setiap tahun.

Media Baharu