fb fb fb fb fb

Tok Batin terima sumbangan sekali bayar bernilai RM1,000

TAPAH, 17 Oktober- Tok Batin atau Penghulu di Kampung Orang Asli seluruh negara menerima bayaran sebanyak RM1,000 secara sekali bayar.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM624,000.

"Pemberian ini sebagai tanda penghargaan kerajaan Keluarga Malaysia dalam menghargai sumbangan jasa dan tenaga Tok Batin atau Penghulu dalam pembangunan dan adat warisan masyarakat Orang Asli.

Ini juga membuktikan kerajaan tidak pernah melupakan atau meminggirkan sumbangan masyarakat Orang Asli yang merupakan sebahagian daripada Keluarga Malaysia," kata Ismail Sabri dalam ucapannya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil RISDA dan warga Orang Asli JAKOA, di sini.

Jelasnya, pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada sumbangan Tok Batin dan Penghulu dalam pembangunan adat dan warisan masyarakat Orang Asli.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis
Ramah Mesra Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil RISDA dan warga Orang Asli JAKOA)

Media Baharu