fb fb fb fb fb

KPDN cadang undang-undang baharu lindungi pemegang taruh e-dagang

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh bercakap kepada media semasa Sesi Libat Urus Kajian Semula Pelan Induk Perdagangan 2025-2035 dan Semakan Semula Perundangan E-Dagang di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 9 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan agar satu undang-undang baharu digubal bagi melindungi kepentingan pemegang taruh ekosistem e-dagang di Malaysia.

Timbalan Menteri, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, langkah ini bagi memastikan dasar serta peraturan semasa mampu menampung perubahan lanskap perniagaan dalam talian yang semakin dinamik.

Sekaligus memperkukuh perlindungan kepada pengguna yang kini berdepan pelbagai cabaran dan risiko urus niaga digital.

“Dalam ekosistem e-dagang, kita mempunyai penjual, peniaga dan penyedia platform. Justeru, keperluan ini mendorong kita melaksanakan satu undang-undang bagi melindungi semua pihak berkepentingan,” katanya dalam sidang media Sesi Libat Urus Kajian Semula Pelan Induk Perdagangan 2025-2035 dan Semakan Semula Perundangan E-Dagang di sini hari ini.

Sesi libat urus siri kedua anjuran KPDN ini menekankan keperluan mengemas kini perundangan e-dagang sedia ada agar kekal relevan dan berkesan dalam mengawal selia ekosistem digital yang berkembang pesat.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD