fb fb fb fb fb

Kerajaan pastikan suara, hak dan peluang orang asal terjamin

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Kerajaan MADANI teguh beriltizam memastikan suara, hak dan peluang untuk orang asal terus terjamin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook berkata berkata ia bagi memastikan komuniti itu kekal menjadi tunjang budaya, penjaga khazanah alam, serta rakan kongsi dalam kemajuan negara.

"Hari Orang Asal Sedunia yang diraikan hari ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara, khususnya Malaysia, terletak pada kepelbagaian dan warisan yang kita pelihara bersama", katanya.

Hari Orang Asal Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun sebagai pengiktirafan terhadap hak, budaya dan sumbangan komuniti orang asal di seluruh dunia.

ROSLINA BINTI DIN