fb fb fb fb fb

Hampir 75,000 peserta FELCRA terima dividen lebih RM180 juta

TAPAH, 17 Oktober- Seramai 74,949 peserta FELCRA di seluruh negara, akan menerima agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022 berjumlah RM181.5 juta, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini yang boleh digunakan peserta FELCRA untuk kegunaan pelbagai perkara,” katanya.

“Saya gembira kerana FELCRA berjaya mengekalkan prestasi yang baik apabila mencatat kenaikan hampir RM51 juta atau 38.1% berbanding prestasi pada tahun lalu, sekali gus membuktikan kecekapan kerajaan Keluarga Malaysia dalam mentadbir urus ekonomi negara.

"FELCRA telah berjaya membangunkan tanah-tanah terbiar kelompok kecil dan kurang berdaya maju menjadi estet milik peserta dengan kos pengurusan yang minimum iaitu hanya 6.5%," tambah beliau.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada FELCRA atas kejayaannya melaksanakan pembangunan tanah terbiar dan menaikkan nilai tanah luar bandar melebihi 204,000 hektar, yang memberi manfaat kepada lebih 103,000 peserta di seluruh negara.

(Hampir 75,000 peserta FELCRA terima dividen lebih RM180 juta)

 

Media Baharu