MANILA, 1 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Filipina, Ferdinand Bongbong Marcus Jr bersetuju dalam menyelesaikan isu pelarian Rohingya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara-negara ASEAN juga perlu bekerjasama dengan Myanmar dalam usaha mewujudkan keamanan serantau.
"Presiden Filipina menyatakan keperluan lima perkara untuk menyelesaikan isu Myanmar, tetapi saya telah memaklumkan cadangan dalam usaha membentuk kerjasama di bawah ASEAN untuk membantu Myanmar kerana perkara yang berlaku di Myanmar menjejaskan keselamatan dan kestabilan di serantau", katanya.
Tambah beliau lagi, terdapat lebih 200,000 pelarian Rohingya di Malaysia ketika ini.
(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Filipina Ferdinand R Marcos Jr ketika mengadakan
sidang media bersama pada lawatan rasmi ke Filipina di Istana Malacanang/BERNAMA)
Datuk Seri Anwar menjelaskannya dalam sidang media khas bersama Presiden Filipina, Ferdinand Bongbong Marcus Jr di Istana Malacanang, Manila.
Selain itu, isu Laut China Selatan turut dibincangkan dalam pertemuan empat mata antara Datuk Seri Anwar dan Bongbong Marcus Jr.
Datuk Seri Anwar juga bersetuju supaya isu keselamatan Laut China Selatan diselesaikan secara sepakat atau sebagai blok ASEAN.
"Kami ada membincangkan berkenaan isu Laut China Selatan dan saya berkongsi dengan Presiden Marco Jr bahawa kita perlu cuba bergerak dalam bentuk blok ASEAN supaya dapat mencapai penyelesaian secara bersama berkenaan isu yang sekian lama wujud", katanya.
Sebelum ini juga, Filipina pernah menyuarakan kebimbangan di Laut China Selatan yang mampu mencetuskan suasana tegang di antara beberapa pihak.
Malaysia juga turut berharap isu Laut China Selatan dapat diselesaikan dengan baik kerana demi keamanan dan keharmonian serantau.