fb fb fb fb fb

Borang nyata cukai keuntungan harta tanah (BNCKHT) tahun taksiran 2023

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) bagi Tahun Taksiran 2023 telah dimuat naik ke Portal Rasmi HASiL untuk pelaporan pelupusan dan pemerolehan aset yang tertakluk kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976 bagi Tahun Taksiran 2023.

Menerusi satu kenyataan, LHDN memaklumkan BNCKHT ini boleh dicapai melalui Portal Rasmi https://www.hasil.gov.my/ > Borang > Muat Turun Borang > CKHT atau secara terus di pautan https://www.hasil.gov.my/borang/muat-turun-borang/muat-turun-borang-ckht.

"Walau bagaimanapun, pembayar cukai adalah digalakkan untuk mengemukakan BNCKHT secara dalam talian sebagai sokongan kepada usaha HASiL dalam mendigitalisasi perkhidmatan kepada pembayar cukai mulai tahun 2023," menurut kenyataan berkenaan.


(FOTO HIASAN/BERNAMA)

Katanya, melalui e-CKHT yang boleh diakses seperti berikut:

i. Log masuk ke Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my menggunakan Nombor Pengenalan dan kata laluan. Sekiranya tiada Nombor Pengenalan Cukai (TIN), permohonan boleh dikemukakan melalui perkhidmatan e-Daftar di MyTax.

ii. Pilih e-CKHT di menu perkhidmatan ezHasil.

iii. Isi BNCKHT yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/public.

Media Baharu