fb fb fb fb fb

Selesai isu: Fokus lawatan kerja Menteri KKD ke Sarawak

(Fahmi Fadzil (duduk dua, kiri) meluangkan masa menyantuni petugas media di Dewan
Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya/BERNAMA)

KUCHING, 19 Mei- Menyelesaikan masalah internet di Sarawak, antara fokus lawatan kerja Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ke negeri tersebut.

Beliau dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak untuk bersama-sama meneliti penyelesaian komprehensif bagi isu berkenaan.

Jelas Fahmi, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah membina lebih 600 menara telekomunikasi di negeri itu.

Bagaimanapun, hampir separuh daripadanya tidak digunakan syarikat telekomunikasi.

Bagi mengatasi isu berkenaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh mengesyorkan kepada syarikat telekomunikasi agar menyediakan perkhidmatan di kawasan tersebut.

"Yang utama isu internet, beberapa masalah prasarana untuk diselesaikan," kata Fahmi kepada media di sini.

(Fahmi ketika ditemui media berkata menyelesaikan masalah internet di Sarawak, antara fokus
lawatan kerja Menteri Komunikasi dan Digital)

Media Baharu