fb fb fb fb fb

Pendapatan boleh belanja bersih ganti B40, M40, T20

(Menteri Ekonomi Rafizi Ramli)

PUTRAJAYA, 19 Mei- Kerajaan akan melakukan peralihan dasar sosio ekonomi menggunakan pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, pendekatan itu menggantikan pendekatan berasaskan pendapatan B40, M40 dan T20 yang digunakan ketika ini.

"Ada banyak perbincangan mengenai pendekatan ini kerana dia tidak menggambarkan sepenuhnya dari segi perbandingan kemampuan daripada satu isi rumah kepada isi rumah lain kerana ada banyak pembolehubah lain, daripada pendapatan semata-mata. Pembolehubah itu termasuklah berapa tanggungan anak, lokasi dan sebagainya," kata Rafizi kepada media di sini.

Menurutnya, peralihan ini akan dilakukan secara berfasa dan dijangka bermula Januari 2024.

Data yang akan digunakan diambil daripada Pangkalan Data Utama (PADU).

Penubuhan PADU akan mempercepat peralihan kerajaan untuk membangunkan program dan inisiatif berpandukan kedudukan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

(Rafizi berkata pendekatan itu menggantikan pendekatan berasaskan pendapatan B40, M40
dan T20 yang digunakan ketika ini)

Media Baharu