fb fb fb fb fb

ACWW ke-30, disertai 84 negara

PUTRAJAYA, 19 Mei- Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan hadir ke Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30 di Putrajaya.

Berangkat sama, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Seramai 454 ahli ACWW dari 84 buah negara menyertai persidangan tersebut yang julung kalinya dianjurkan di negara ini.

Tunku Hajah Azizah dalam titah pembukaan baginda mengalu-alukan kehadiran semua delegasi sepanjang tempoh lapan hari persidangan.

"Selaku tuan rumah penganjur, kami telah mencuba untuk menggabungkan dan mempamerkan kepelbagaian budaya, masakan, kraftangan, tempat menarik untuk lawatan sehari dan program pasangan bagi membolehkan anda semua merasai pengalaman berada di Malaysia bersama kami.

"Kami berharap anda menikmati penginapan anda dan gembira untuk membuktikan Tema Persidangan ini iaitu Kepelbagaian adalah Kekuatan Kita" titah baginda.

Perasmian persidangan disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut Hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Penganjuran ACWW ke-30 dihoskan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang yang dipengerusikan Raja Permaisuri Agong sendiri.

(Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah)

Media Baharu