KUCHING, 19 Mei- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedia meneliti masalah capaian internet yang dihadapi oleh rakyat Sarawak.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata, perkara itu merupakan fokus utama dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Bumi Kenyalang bermula hari ini.
"Tapi utama isu internet, beberapa masalah prasarana serta isu menara-menara tidak ada kuali. Jadi ini antara perkara yang kita sedar untuk diteliti dan diselesaikan," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak Petra Jaya Kuching.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat lebih 600 menara yang diusahakan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak, namun ianya masih kurang daripada separuh jumlah itu.
Beberapa langkah segera turut diteliti bagi menyelesaikan masalah tersebut termasuk memanggil syarikat telekomunikasi gergasi serta meminta tindakan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan perkara tersebut.
Terdahulu, Fahmi turut meluangkan masa beramah mesra bersama-sama pengamal media yang membuat liputan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Bilik Media DUN pagi tadi.
(Fahmi Fadzil)