fb fb fb fb fb

Pertandingan Pidato Rukun Negara dapat penyertaan menggalakkan

AYER KEROH, 19 Mei- Lebih 1,300 peserta dijangka menyertai Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2023.

Sehingga hari ini, sebanyak 1,229 penyertaan telah diterima.

Exco Perpaduan Negeri Ngwe Hee Sem berkata, lima kategori dipertandingkan iaitu kategori sekolah rendah (bergandingan), kategori sekolah menengah (bergandingan) dan kategori institusi pengajian tinggi.

Turut dibuka kategori bukan Melayu dan Kategori Awam.

Katanya, pertandingan ini dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat dan generasi muda agar lebih memahami peranan Rukun Negara sebagai asas perpaduan dan jati diri dalam membina Malaysia MADANI.

"Penyertaan pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka telah dibuka secara rasminya pada 15 Mei 2023 Isnin lalu dan tarikh tutupnya pada 28 Julai 2023.

"Para peserta akan dinilai menerusi video rakaman penyertaan yang dihantar kepada urusetia dan yang mereka layak akan ke pertandingan akhir pada 14 september 2023," katanya kepada pemberita dalam sidang media Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Seri Negeri, di sini.

(Ngwe Hee Sem)

Media Baharu