IPOH, 19 Mei- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 bermula Isnin ini berwajah baharu.
Ia selepas pengubahsuaian dilakukan membabitkan ruang dalaman Dewan Negeri dengan kos dianggar RM1 juta.
Menurut Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, antara penambahbaikan dilakukan termasuk menaik taraf meja, kerusi, sistem audio dan visual.
"Sudah 25 tahun kita Tidak buat penampahbaikan. Jadi ini dapat memberikan keselesaan dan suasana yang lebih segar seiring dengan iltizam memartabatkan Dewan Negeri sebagai Institusi Legislatif Tertinggi negeri," katanya.
Sidang DUN Perak akan berlangsung selama empat hari.
Dua Rang Undang-Undang akan dibawa pada persidangan kali ini iaitu Enakmen Hotel Perak 2023 dan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023.
(Mohammad Zahir Abdul Khalid)