fb fb fb fb fb

Selepas 6 hari hilang, warga emas ditemukan selamat

BATU PAHAT, 15 Ogos- Seorang warga emas yang dilaporkan sesat di kawasan ladang sawit di Kampung Parit Sayang, Senggarang, di sini sejak enam hari lalu ditemukan selamat, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Mangsa, Painah Siwan, 79 tahun ditemukan lemah, 1.4 kilometer dari lokasi rumahnya.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba Dua Ahmad Murad Saat memaklumkan, mangsa dijumpai orang awam, sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

Warga emas itu ditemukan bersama sepasang selipar dan lidi sawit.

(Mangsa dijumpai orang awam, sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat)

Dalam kejadian Rabu minggu lalu, Painah dilaporkan ke kebun sawit berhampiran rumahnya sebelum hilang.

Gerakan mencari dan menyelamat digerakkan termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan.

Media Baharu