fb fb fb fb fb

Media berperanan atasi maklumat tidak sahih berkenaan ekonomi negara

(Datuk Seri Ismail Sabri bergambar bersama pengamal media dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(Bernama) ketika Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Wanita Malaysia/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Petugas media memainkan peranan penting dalam menyebarkan berita sahih, khususnya dalam pengurusan ekonomi negara bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ada pihak sengaja mengelirukan masyarakat dengan memberi maklumat tidak benar terutama berhubung situasi ekonomi semasa.

"Hari ini terdapat berbagai-bagai kekeliruan daripada pihak tertentu yang mengatakan kerajaan gagal, ekonomi merudum, rakyat tidak mampu berbelanja, pengangguran meningkat.

"Ada cubaan buat bantahan dan aksi rasa kilas (flashmob) yang kata ekonomi makin teruk, selain ia turut diperkatakan di media sosial tapi perkara sebenar adalah sebaliknya..yang cuba memburukkan kerajaan," kata Ismail Sabri ketika berucap di Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Wanita anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di sini.

Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada PERTAMA.

(Media berperanan atasi maklumat tidak sahih berkenaan ekonomi negara)

Beliau berkata kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan kaum wanita yang telah banyak berjasa kepada arus pembangunan negara.

Mereka bukan sahaja perlu dihormati, tetapi wajar diberikan pengiktirafan.

"Baru-baru ini, Rang Undang-undang Antigangguan Seksual (AGS) 2021 juga berjaya diluluskan di peringkat Dewan Negara untuk dikuatkuasakan secara berperingkat mengikut fasa," katanya.

Ia disokong usaha kerajaan yang antara lain bersetuju menubuhkan Majlis Wanita Negara (MWN), Jawatankuasa Eksekutif Wanita Negara (JEWN) dan Jawatankuasa Kerja Wanita Negeri (JKWNi), pada akhir tahun lalu.

Langkah itu bertujuan memperkasakan peranan wanita di peringkat Persekutuan dan negeri.

(Datuk Seri Ismail SabriĀ  berkata ada pihak sengaja mengelirukan masyarakat dengan
memberi maklumat tidak benar terutama berhubung situasi ekonomi semasa)

Media Baharu