fb fb fb fb fb

Kes perolehan LCS, seorang bekas pengarah urusan akan didakwa hari ini

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Seorang bekas pengarah urusan syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkaitan kes penyelewengan perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pertuduhan akan bermula pukul 9.00 pagi hari ini, di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Khamis lalu, SPRM menerusi satu kenyataan menyebut, suruhanjaya itu sudah melengkapkan siasatan.

Seterusnya telah mengemukakan kertas siasatan dakwaan penyelewengan pembinaan LCS kepada Jabatan Peguam Negara.

SPRM juga mencadangkan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan, didakwa.

Kes itu menjadi perhatian umum selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati lima kapal yang ditempah pada tahun 2013, gagal disiapkan meskipun RM6 bilion sudah dibayar.

Jemaah Menteri pada Rabu lalu mengarahkan SPRM supaya menyegerakan siasatan.

Projek pembinaan LCS merupakan perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan dengan kos keseluruhan RM9 bilion bagi tempoh bermula 2013 dan dijangka siap dalam masa 10 tahun.


(Foto Fail)

Media Baharu