fb fb fb fb fb

Selangorfm teruja agih daging korban bersama penduduk Flat Seri Perantau, Klang

KLANG, 11 Julai- Team Rovers Radio Malaysia Selangorfm tidak ketinggalan meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengagihkan daging korban kepada mereka yang memerlukan.

Sebanyak 120 kilogram daging diagihkan kepada golongan asnaf dan kariah surau di Flat Seri Perantau di Klang serta kakitangan RTM di sana.

Ini juga merupakan pengalaman berharga buat Team Rovers Selangorfm kerana dapat bersama sama melapah sendiri gading korban ini untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

"Kami sangat mengalu-alukan kehadiran Selangorfm ke sini. Kaedah sumbangan seperti ini sangat bagus dan dapat memberi peluang kepada masyarakat merasa daging korban tahu ini," kata penduduk Flat Seri Perantau, Mazlan Yusof.

(Team Rovers Radio Malaysia Selangorfm menyampaikan sumbangan kepada pendudukĀ Flat Seri Perantau di Klang)

Sementara itu, menurut Juruhebah Selangorfm, "Ini merupakan satu penghargaan buat Selangorfm yang diberi peluang berkongsi rezeki dan memberi sesuatu yang bermakna buat mereka yang tidak berkemampuan,

"Kami ingin berterima kasih kepada Al Khairi Qurban dan Akikah kerana mereka penyumbang terbesar tahun ini dan memberi kesempatan buat kami mengagihkan daging korban kali ini," katanya kepada pemberi selepas mengagihkan sumbangan di Flat Seri Perantau, Klang.

Daging korban berkenaan di sampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor, Zamani Ibrahim bersama Team Rovers Selangorfm.

Media Baharu