fb fb fb fb fb

Selangor tuan rumah pameran Adiwira Dunia pertama di Asia Tenggara

SELANGOR, 22 Disember- Negeri Selangor terpilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di Asia Tenggara.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri itu menjadi faktor penganjur, WOW Event Asia mengadakan pameran ‘The World of DC Exhibition’.


(Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari)

"Dengan kehadiran program seperti ini akan menggalakkan lebih ramai lagi watak-watak yang di pamerkan, di sini adalah watak-watak yang agak 'evergreen' seperti Superman, Wonder Women mahupun Batman dan ada watak-watak baharu yang turut menjadi perhatian terutama anak generasi muda ia boleh mengisi masa lapang cuti sekolah dan dalam masa yang sama ia juga boleh beri peluang kepada perniagaan runcit di sekitar kita dan perhotelan," katanya di sini.

Amirudin berkata, pameran yang bermula esok hingga 1 April depan di Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya turut membuka peluang kepada pelancongan domestik.

Tambah beliau, pameran ini dijangka dapat menarik 200-ribu pengunjung terutamanya bagi peminat watak-watak adiwira seperti Batman, Superman, Wonder Women dan Aquaman.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pameran berkenaan di Tropicana Garden Mall, hari ini.

Tiket pameran ini dijual pada harga RM55 untuk dewasa manakala kanak-kanak RM38.

Media Baharu