fb fb fb fb fb

Ketua Polis Selangor kemaskini jumlah mangsa tragedi tanah runtuh

BATANG KALI, 22 Disember-Jumlah mangsa terbabit dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan, Father's Organic Farm, Batang Kali adalah seramai 92 orang.

Angka itu kurang dua daripada angka yang dilaporkan sebelum ini.


(Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika sidang media hari ini)

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan butiran itu dalam sidang media sebentar tadi.

Beliau menjelaskan, berlaku pertindihan nama dalam pendaftaran di pusat perkhemahan.

Pihaknya ambil masa untuk memastikan perkara itu sebelum mengumumkan pada hari ini.

Justeru mangsa yang belum dikesan adalah seorang kanak-kanak lelaki.

Dengan ini, mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh di batang kali adalah 92. Manakala 61 daripadanya dilaporkan selamat, 30 disahkan terkorban dan seorang masih hilang.

Media Baharu