fb fb fb fb fb

35 sukarelawan dari Perlis digerakkan ke Kelantan

KANGAR, 22 Disember - Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menggerakkan 35 sukarelawan sebagai keprihatinan terhadap tragedi banjir yang menimpa penduduk di Kelantan.

Misi bantuan akan tertumpu di daerah Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pasir Putih di Kelantan serta Besut, Terengganu bermula hari ini hingga 26 Disember ini.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis, Reswan Ramli misi tersebut dianjurkan Kerajaan Negeri Perlis dan MAIPs dengan kerjasama Pertubuhan Amal Insan Prihatin Perlis dan Husmat Furniture.

Barangan bantuan dibawa menggunakan sebuah lori, enam buah kenderaan pacuan empat roda nan sebuah van.

(500 unit selimut tebal antara barangan yang akan disumbangkan)

"Antara barangan yang akan disumbangkan ialah 1,000 hamper makanan asas, 500 unit selimut tebal, 500 selimut, 500 helai kain pelikat, 500 helai kain batik dan air miniral," kata Reswan Ramli di sini.

Banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu ketika ini menyebabkan puluhan ribu penduduk terjejas selain menyebabkan banyak kerosakan harta benda, rumah kediaman dan kemudahan awam.

Misi ini turut mendapat perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs.

Media Baharu