fb fb fb fb fb

Info On Wheels tangkis berita palsu berkaitan banjir

(Foto fail)

KUANTAN, 22 Disember- Jabatan Penerangan Negeri Pahang terus mendekati masyarakat menerusi aktiviti Info On Wheels sebagai usaha menyampaikan maklumat berhubung Monsun Timur Laut yang diramalkan melanda negeri itu.


Pengarahnya, Sabarudin Yeop Hamza berkata Unit Hebahan Bergerak akan memasuki kawasan-kawasan yang berisiko berlaku banjir bagi menyalurkan maklumat awal agar penduduk sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku banjir.

Hebahan itu juga akan menangkis berita palsu yang disebarkan melalui laman media sosial.

"Supaya kita nak tahu supaya masyarakat ini menjadi masyarakat yang bermaklumat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir.

"Sebab kita lihat perkara ini sangat-sangat perlu pada hari ini apatah lagi banyak kedengaran berita palsu yang tidak benar dan sebagainya. Jadi inilah Jabatan Penernagan peranan dia pastikan bahawa maklumat yang sampai kepada masyarakat itu tepat, maklumat yang
jelas, sumber yang sah," kata Sabarudin kepada RTM selepas Program Info On Wheels di Sungai Isap di sini.

Dalam hebahan itu katanya masyarakat dibekalkan pelbagai maklumat agar tidak panik, termasuk pihak yang perlu dihubungi jika berlaku banjir dan apa yang perlu dilakukan dalam menghadapi situasi banjir.

(Foto fail)

Media Baharu