fb fb fb fb fb

Bilangan penduduk terjejas banjir di Kelantan berkurangan

PASIR MAS, 22 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan menunjukkan sedikit penurunan setakat pukul 7.00 malam iaitu 25,009 orang berbanding 25, 295 orang petang tadi.

Menurut infobencanabanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu melibatkan 7,792 keluarga yang masih berada di 77 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan sembilan daerah.

Ia melibatkan daerah Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tumpat, Kuala Krai, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Jeli.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan sehingga kini, empat sungai utama di Kelantan masih melepasi paras bahaya iaitu Sg. Lebir di Kg. Tualang, Kuala Krai (35.41 m), dua stesen Sg. Golok di Rantau Panjang Pasir Mas masing-masing 10.30 meter dan 10.31 meter dan Sg Golok di Kuala Jambu, Tumpat (3.73 meter).

(FOTO RTM)

Manakala dua sungai iaitu Sg Kelantan di Kuala Krai dan Sg Golok di Kg Jenob Tanah Merah merekodkan bacaan melepasi paras amaran.

Dalam perkembangan berkaitan, kerja-kerja pemantauan dan penyerahan bantuan bekalan makanan kepada penduduk terjejas banjir sedang giat dilaksanakan pelbagai pihak.

Media Baharu