fb fb fb fb fb

Najib beri keterangan kes Shahrir 5 Januari 2023

KUALA LUMPUR, 22 Disember- Perkembangan kes pengubahan wang haram Tan Sri Shahrir Ab Samad.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib RazakĀ  yang memakai sut lengkap berwarna biru hari ini, memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau tidak bersedia memberikan keterangan secara lisan tanpa kehadiran peguam pemerhati, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Tan Sri Shahrir didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Najib Razak, yang dijadualkan memberi keterangan hari ini sebagai saksi pendakwaan terpaksa ditangguhkan ke 5 Januari tahun depan.


(Isteri Bekas Perdana Menteri dan anak turut hadir di Mahkamah Tinggi hari ini)

Ini berikutan beliau tidak bersedia memberikan keterangan secara lisan tanpa kehadiran peguam pemerhati, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pada Prosiding hari Ini, Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi meminta penjelasan bekas Presiden UMNO berhubung keberadaan Tan Sri Shafee.

Jelas Datuk Seri Najib peguam pemerhatinya mempunyai urusan lain di luar Kuala Lumpur.

Sementara itu, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Tan Sri Shahrir berkata pihaknya tiada sebarang bantahan berhubung perkara itu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin kemudian membenarkan permohonan tersebut.

Perbicaraan kemudiannya disambung dengan saksi pendakwaan ke-22 merupakan Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurzahidah Yacop disoal balas peguam bela Tan Sri Shahrir.

Ketika disoal balas Nurzahidah tidak bersetuju dengan semua soalan yang diberikan pihak pembelaan.

Antaranya, Nurzahidah tidak bersetuju dengan cadangan peguam yang menyatakan keterangan penyiasatannya tidak lengkap.

Media Baharu