fb fb fb fb fb

Pasukan sukarelawan ResQ UPSI bantu penduduk terjejas banjir

TANJUNG MALIM, 22 Disember- Pasukan sukarelawan ResQ, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menggerakkan misi bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Kelantan.

Pasukan ResQ juga telah membantu tiga keluarga terkesan banjir sebagai tanda keprihatinan UPSI terhadap bencana yang berlaku di negeri itu.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff menerusi kenyataan berkata, pasukan ResQ aktif dalam membantu penduduk terjejas banjir seluruh negara.

Tambah beliau, seramai 12 kakitangan yang terlibat diketuai Dr Omar Firdaus Mohd Said telah digerakkan bagi membantu penduduk terjejas untuk di bawa ke pusat pemindahan sementara di kawasan itu.

Md Amin berkata, selain ResQ UPSI, sebanyak tiga lagi NGO turut sama membantu dalam misi bantuan banjir kali ini.

(Bantuan makanan kepada penduduk terjejas banjir)

Media Baharu