fb fb fb fb fb

Jangan sebar maklumat belum disahkan, elak ganggu siasatan polis

Teo Nie Ching/ BERNAMA

JOHOR BAHRU, 10 Ogos - Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan di media sosial, berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, perkara itu bagi mengelakkan sebarang gangguan dijalankan pihak polis.

"Kita nampak bahawa banyak hantaran media sosial berhubung kes itu mungkin mengandungi fakta-fakta yang belum disahkan. Jadi biar polis menjalankan kerja mereka supaya kita tidak mengganggu siasatan tersebut.

"Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil juga ada memberi nasihat berhubung perkara ini. Beliau menggesa, agar pengguna-pengguna media sosial lebih berhati-hati dan bertanggangjawab dalam setiap hantaran media sosial," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Festival 2025 peringkat negeri Johor di Permas Jaya di sini.

Dalam perkembangan lain, Teo juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memasang Jalur Gemilang bagi mengelakkan kesilapan posisi bendera.

Kesilapan pemasangan Jalur Gemilang dikhuatiri akan dijadikan alat dalam memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI