fb fb fb fb fb

Selangor terima pengiktirafan MBOR

Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 20 Mei- Selangor menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi kategori Peserta Tadika Paling Ramai Menyertai Kempen Kesedaran Integriti atau 'Most Kindergartener Participants in an Integrity Awareness Campaign'.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, acara itu melibatkan 1,066 kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun melalui aktiviti santai.

Amirudin berkata program itu bertujuan untuk memperlua usaha pengukuhan integriti bukan sahaja dalam kalangan orang awam malah turut memberi fokus kepada golongan kanak-kanak.

"Walaupun program ini nampak seperti meraikan kanak-kanak tetapi saya kira ia memberikan impak yang besar kepada negara khususnya dalam menyemai nilai integriti.

"Perkara itu terutamanya dalam menbanteras rasuah sama ada secara individu atau pelbagai peringkat. Ini antara sebahagian beberapa langkah yang kita buat," katanya selepas menyempurnakan majlis pengiktirafan Malaysia Book Of Records bagi kategori 'Most Kindergartener Participants in an Integrity Awareness Campaign' di sini.

Program itu mendapat kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (JTPPSKNS), Persatuan Taska, Tadika & Pusat Jagaan Selangor (PTNS) dan Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI