SHAH ALAM, 18 November - Selangor mempertimbangkan penggunaan MyDigital ID bagi mempertingkatkan kecekapan pentadbiran di semua jabatan kerajaan negeri.
Exco Pelaburan Selangor, Ng Sze Han berkata cadangan tersebut dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini, sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan pentadbiran.
Beliau menegaskan, inisiatif itu sejajar dengan usaha Kerajaan Persekutuan sekali gus memudahkan urusan rakyat serta pentadbiran negeri.
Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan, berhubung hasrat Selangor mengikut jejak langkah Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan MyDigital ID khususnya hal berkaitan kerajaan negeri.