fb fb fb fb fb

Selangor, perintis platform Spot-i

HULU SELANGOR, 15 September- Selangor menjadi perintis kepada platform Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Spot-i.

Platform tersebut merupakan digitalisasi capaian maklumat termasuk harga barangan keperluan dan kawalan untuk panduan kepada para pengguna.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, sehari sebanyak 200 premis termasuk kedai runcit disasarkan menyertai platform berkenaan di Selangor. 

Katanya, 77 pegawai pemeriksa dan pemantau harga akan turun ke premis setiap hari dengan menampal poster tersebut. 

"Spot-i itu kita bahagikan maklumat kepada peniaga dan maklumat kepada pengguna selain diberikan pautan terus untuk membuat aduan sekiranya pengguna mendapati ada pelanggaran undang-undang contohnya tidak menunjukan tanda harga ataupun harga dipamer tidak tidak sama seperti waktu pembayaran,"katanya.

Pengguna hanya perlu mengimbas poster KPDN Spot-i tersebut sebelum memasuki platform berkenaan.

Terdahulu, beliau melancarkan edaran poster rasmi KPDN Spot-i di stesen minyak hentian rawat dan rehat (R&R) Sungai Buloh.


(Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey)

Media Baharu