fb fb fb fb fb

Penyelidikan tunjang kecemerlangan UniMAP

 

TALINN, 14 September- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadikan penyelidikan sebagai tunjang kepada kecemerlangan universiti tersebut.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penyelidikan yang dilakukan telah membawa kepada penemuan baharu yang boleh meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta meningkatkan kualiti hidup.
 
"Di UniMAP terdapat dua elemen yang boleh diperoleh daripada penyelidikan berkualiti iaitu 'output' dan hasil," titah baginda pada program pelajar di Universiti Teknikal Talinn (TALTECH)(EngTalinn Technical University) semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang merupakan Pro Canselor UniMAP.

Turut berangkat anakanda baginda berdua Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Keberangkatan tiba baginda dan delegasi Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 disambut oleh rektor TALTECH Prof. Tiit Land.

Baginda yang juga Canselor UniMAP mengetuai delegasi Jelajah Ilmu UniMAP Ke-17  ke negara Baltik  (Latvia dan Estonia) dari 10 hingga 17 Sept.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah sebelum ini UniMAP memberi tumpuan kepada output  yang terdiri daripada tiga bidang utama iaitu penerbitan penyelidikan, pelajar dan pengetahuan baharu. 

Titah baginda UniMAP  mengutamakan impak atau kejayaan penyelidikan yang dihasilkan kerana ia mampu memberi manfaat kepada masyarakat .

"Penyelidikan bermula dengan masalah sebenar dan  pihak universiti menjalankan kajian bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut," titah baginda.

Estonia merupakan sebuah negara republik yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan mempunyai 15 daerah.

Tallinn merupakan ibu negara bagi negara Baltik itu dan mempunyai 1.3 juta rakyat.

Ia digelar sebagai negara digital dan mempunyai lebih daripada sepuluh syarikat yang berstatus Unicorn iaitu syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi USD1 billion.


(Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan  Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khali
l pada program pelajar di Universiti Teknikal Talinn (TALTECH) EngTalinn Technical University)

Media Baharu