fb fb fb fb fb

Brunei pilih UPSI sebagai rujukan aktiviti rekreasi & kegiatan luar

Dr. Mazuki berkongsi maklumat mengenai fasiliti kegiatan rekreasi luar
di Kampus Sultan Azlan Shah/Foto UPSI)
 

TANJUNG MALIM, 15 September -Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi pusat kokurikulum menjadi rujukan penanda aras pihak Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD), untuk penganjuran kegiatan luar termasuk akitiviti kokurikulum sekali gus merealisasikan penubuhan Badan Kebangsaan Kemahiran Kegiatan Luar, negara itu.

Menurut Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Brunei Darussalam,  Hajah Sofinaz Abd Majid, yang mengadakan lawatan ke UPSI Adventure Park (UAP), kemudahan di pusat rekreasi itu, sememangnya boleh dijadikan rujukan.

“Kami lihat di UAP memiliki fasiliti dan kemudahan bagi aktiviti tali tinggi dan sedikit sebanyak boleh diaplikasilan bagi penubuhan badan kebangsaan kemahiran kegiatan luar,” katanya selepas selesai mengetuai lawatan ke UAP yang turut disertai dua jurulatih OBBD

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk  Dr Md Amin Md Taff  berkata Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy(AURORA) yang ditubuhkan UPSI adalah sebuah pusat rujukan berkaitan rekreasi dan keselamatan dalam kegiatan rekreasi dan pendidikan luar.

Tambahnya, UPSI sentiasa bersedia dan terbuka hati dalam membantu OBBD bagi merealisasikan penubuhan Badan Kemahiran Kegiatan Luar di Brunei.

 “UPSI mempunyai ramai tenaga pakar rekreasi luar  yang berpengalaman luas dan bersedia berkongsi kepakaran bersama OBBD,” katanya. 

Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr Mazuki Mohd Yasim, pihaknya sentiasa terbuka untuk berkongsi kepakaran bersama Brunei.

 “UPSI khususnya AURORA akan membantu sedaya mungkin bagi pembangunan badan akreditasi dan pensijilan akademik kepada jurulatih OBBD dan penggiat outdoor education di Brunei Darussalam.

AURORA juga katanya aktif menganjurkan pelbagai kursus dan webinar sebagai medium kepada orang ramai menambah pengetahuan berkaitan pendidikan dan rekreasi luar.

“Sudah 20 siri webinar dijalankan oleh AURORA dan empat kali siri kursus berkaitan “swiftwater rescue”.

Katanya, UAP yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah menjadikan UPSI universiti awam pertama memiliki fasiliti bagi aktiviti tali tinggi selain aktiviti berkayak.

Aktiviti tali tinggi yang boleh dilakukan di UAP merangkumi zipline, abseiling, wall climbing, high element dan obstacles course.

Manakawal Titiwangsa Boat House yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah menjadi lokasi untuk aktiviti berkayak dan ATV sambil menikmati pemandangan hijau berlatarbelakangkan Banjaran Titwangsa.


(Hajah Sofinaz menyampaikan cenderamata kepada Prof Datuk Dr Md Amin/Foto UPSI)

Media Baharu