fb fb fb fb fb

Masyarakat diminta rai Hari Malaysia dengan penuh semangat - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 15 September- Semangat patriotisme terhadap negara harus diterjemahkan dengan melibatkan komitmen yang tinggi daripada seluruh masyarakat.

Menurut Timbalan Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meskipun sambutan Hari Malaysia tahun ini akan berlangsung di Kuching, Sarawak, beliau menggesa agar seluruh masyarakat meraikannya dengan penuh semangat seperti mereka berada di lokasi kejadian.

"Biarpun majlis tersebut akan diadakan di Kuching, tetapi kita di semenanjung ini khususnya di Putrajaya wajib untuk melakukan perayaan ini dengan semangat yang sama dengan rakyat yang berada di Sarawak dan Sabah," katanya dalam ucapan sempena merasmikan penutupan Kembara Merdeka Desa Madani Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya.

Ahmad Zahid turut mewajibkan warga KKDW untuk mengadakan Kembara Desa ini setiap tahun untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan warga kementerian dan seluruh rakyat Malaysia.

Program ini merupakan manifestasi dalam menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan komuniti di luar bandar sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Kembara berkonsepkan jelajah berkonvoi motosikal merentasi lima negeri bermula di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan berakhir di Dataran Gemilang, Putrajaya.


(Program ini merupakan manifestasi dalam menyemarakkan lagi semangat patriotik
daripada kalangan komuniti di luar bandar sempena sambutan Bulan Kebangsaan.)

Media Baharu