fb fb fb fb fb

Dakwaan 'DNNA tidak islamik' tidak tepat- Menteri Agama

 

KOTA KINABALU, 15 September- Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam sidang parlimen yang mengatakan dalam Islam tidak ada hukum pelepasan tanpa pembebasan (DNNA) berkaitan keputusan melepas tanpa membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak tepat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohamad Naim Mokhtar menjelaskan pelepasan tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika mahkamah mengarahkan sedemikian.

"Mana-mana pihak ataupun tertuduh  dilepaskan tanpa dibebaskan bermakna mereka ini kemungkinan akan didakwa semula.

"Banyak fakta yang menyebabkan kenapa pihak penguam negara ataupun pihak pendakwa raya memohon kepada mahkamah supaya tertuduh itu dilepaskan tanpa dibebaskan, contoh dia kemungkinan kekurangan bukti jadi prosedur itu masih lagi bicara,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Keningau.

Tambahnya lagi, perundangan tersebut juga diguna pakai oleh mahkamah negara -negara Islam di mana akta dan perundangan berdasarkan keputusan pakar penguam syariah yang mengambil kira kepentingan institusi kehakiman yang saksama dan adil.

Datuk Doktor Mohamad Naim juga berharap perkara berkenaan tidak lagi dipolitikkan bagi mengelak sebarang spekulasi.


(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Mohamad
Naim Mokhtar pada satu sidang media di Keningau)

Media Baharu