fb fb fb fb fb

Tiga warga emas maut, 11 cedera, kemalangan tiga kenderaan

(FOTO BOMBA)

SEGAMAT, 15 September- Tiga warga emas maut manakala 11 lagi termasuk lima kanak-kanak cedera dalam kemalangan di kilometer 167, Jalan Johor Bahru- Seremban, 5.40 petang semalam. 

Kemalangan tersebut melibatkan tiga kenderaan iaitu satu kenderaan pelbagai guna MPV perodua Alza, sebuah kereta jenis Honda Jazz dan satu kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Ahmad Zamry Marinshah menerusi kenyataannya berkata, hasil siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda dinaiki dua lelaki dari Johor Bahru ke Segamat, cuba menukar lorong kanan ke kiri sebelum dilanggar dari belakang oleh kenderaan Honda Jazz tersebut. 

Pelanggaran menyebabkan kereta itu terbabas di laluan bertentang lalu melanggar kenderaan MPV yang dinaiki 10 mangsa.

Tiga warga emas maut berumur 62 tahun hingga 89 tahun, manakala mangsa cedera berumur satu hingga 36 tahun dihantar ke hospital segamat bagi mendapatkan rawatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


(FOTO BOMBA)

Media Baharu