KUALA LUMPUR, 10 Disember- Selangor akan menjadi negeri pertama Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI peringkat negeri bermula Januari depan dengan melibatkan kos yang rendah.
Perkara itu ekoran kejayaan setahun pentadbiran kerajaan bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Manakala sesi soal jawab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen menjadi ruang bagi menjawab prestasi kerajaan.
"Walaupun sukar dan kadang-kadang membebankan, namun ia perlu dilakukan kerana ia merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan yang disebut akauntabiliti demokratik.
"Setahun mentadbir dan kita terus lapor kepada rakyat. Puluhan ribu rakyat membuat penilaian mereka sendiri berdasarkan fakta selain memberi peluang kepada rakyat untuk memberi cadangan kepada kerajaan," katanya dalam sesi dialog Malaysia MADANI di ibu negara.
Anwar turut berkata, kematangan politik dan mendekati rakyat ke akar umbi perlu diperluas supaya masyarakat lebih memahami pentadbiran Kerajaan MADANI.
Dalam perkembangan lain, konsep Malaysia MADANI merangkumi semua kaum di Malaysia.
"Jadi jangan mudah terpengaruh dengan sentimen pro atau anti kerajaan. Kita perlu bersikap terbuka dan mempelajari semuanya daripada pengalaman.
"Islam adalah agam apersekutuan, namun konsep MADANI ini bersifat universal," katanya.
Bagaimanapun masyarakat dinasihatkan untuk terus bersatu padu selain menghayati konsep Malaysia MADANI.
Turut serta dalam sesi dialog itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.