fb fb fb fb fb

TVET terus diutamakan dalam Kerajaan MADANI

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan terus menjadi keutamaan kerajaan dalam pembentukkan Malaysia MADANI.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu bagi memastikan negara dapat melahirkan belia yang berkemahiran tinggi dan mempunyai peluang pekerjaan yang baik.

Kerajaan juga menunjukkan komitmen bagi memungkinkan perancangan berkaitan TVET dilaksanakan dengan baik.

"Untuk mahasiswa kita pastikan akan mengadakan kursus yang bidang seni atau aliran bukan sains supaya boleh mewujudkan kursus kemahiran bukan hanya sekadar di universiti termasuk TVET seperti politeknik.

"Kita juga mempunyai institusi bawah MARA yg diletakkan bawah KKDW untuk memberikan peluang kerjaya kepada para pelajar yang bakal pekrja atau kita sebut guna tenaga penuh di negara kita," katanya dalam Sesi Diolog Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Ahmad Zahid berkata sehingga kini terdapat 1,344 institusi TVET di seluruh negara dengan 12 kementerian mengendalikan institusi tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI