(Foto fail)
SHAH ALAM, 12 Januari- Kerajaan Selangor sedang meneliti untuk mewajibkan orang ramai kembali memakai pelitup muka sekiranya berlaku lonjakan kes COVID-19 di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penjarakan fizikal juga akan dikuatkuasakan jika kes Covid 19 meningkat.
"Kita tengok kes, sekarang saya tengah pantau kes dari minggu ke minggu. Kalau ada rebakan yang besar mungkin kita akan mengambil tindakan selanjutnya termasuk penjarakan fizikal.
"Saya rasa penjarakan kontak ini kita kena bersedia. Kalau Mysejahtera tidak bersedia, SELangkah bersedia. Saya tunggu kalau dah nampak sudah ada banyak sebab akhirnya mereka kena pilih yang terbaik pada masa itu selain vaksinasi," kata Amirudin selepas melancarkan Bangunan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS), Seksyen 7 di sini.
Katanya kerajaan negeri juga bercadang mewajibkan penggunaan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi memudahkan penjejakan kontak rapat.
Dalam pada itu, orang ramai digalakkan mengambil dos penggalak ketiga bagi meningkatkan imunisasi sekali gus mengawal jangkitan wabak.
(Datuk Seri Amirudin berucap pada Majlis Perasmian Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor
(Anis)/BERNAMA)