fb fb fb fb fb

KKR peruntukan RM232 juta bagi kos baik pulih infrastuktur rosak akibat banjir

(FOTO RTM)

PENDANG, 12 Januari-Kementerian Kerja raya menganggarkan RM232 juta kos bagi membaik pulih infrasruktur yang rosak akibat bencana banjir di semenanjung.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu, kira-kira RM196 juta diperlukan untuk membaiki kerosakan di negeri-negeri Pantai Timur yang mengalami kerosakan besar.

"Kerja baik pulih sedang berjalan, jangkaan siap bergantung kepada tahap kerosakan, cerun akan ambil sedikit masa kerana banyak kerja teknikal melainkan kerja membaiki permukaan lebih mudah sikit, saya difahamkan kerja baik pulih sudah 20 peratus siap,” katanya selepas majlis penyerahan Hospital Pendang, di sini, hari ini.

Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin menyaksikan penyerahan hospital tersebut daripada Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Kesihatan yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya, Alexander berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Plus Malaysia Bhd. akan mengadakan mesyuarat esok bagi mencari penyelesaian isu-isu yang timbul mengenai sistem itu.


(Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah)
dan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa)

Media Baharu