fb fb fb fb fb

Lesen jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun dibatalkan

PUTRAJAYA, 12 Januari- Lesen jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun yang menampar dua pemainnya dibatalkan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, jurulatih itu yang juga seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk untuk murid sekolah.

Beliau berkata, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah memuktamadkan siasatan insiden itu dan sebulat suara memutuskan jurulatih itu sepatutnya hilang kelayakan menjadi jurulatih.

Pihaknya juga menyedar terdapat keperluan untuk semua jurulatih kepada murid sekolah menjadi sebahagian daripada Skim Perlesenan Kebangsaan (SLLK) dan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPPK).

"Insiden itu telah membuka mata bahawa terdapat keperluan untuk mewajibkan semua jurulatih kepada murid sekolah untuk menjadi sebahagian daripada SLKK dan SPKK."

KPM turut akan bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi melengkapkan jurulatih dengan pensijilan yang diperlukan sebagai tenaga pengajar bagi pelajar sekolah.

"Ini adalah penting untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat, saling hormat menghormati serta bebas daripada sebaragn bentuk gangguan dan penderaan," katanya pada sidang media bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Putrajaya.

Sementara itu, Fadhlina memaklumkan Kementerian Pendidikan selesai menjalankan siasatan insiden itu dan menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan susulan.

Tambahnya, semua pihak yang terlibat perlu mengambil berat dan memberi perhatian untuk mengelak atau mengawal daripada berlaku sebarang kemungkinan yang tidak dingini.

(Hannah Yeoh)

Media Baharu