fb fb fb fb fb

Lapan barangan diwartakan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan

(FOTO RTM)

ALOR SETAR, 12 Januari-Sebanyak 8 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan SHMMP Tahun Baru Cina 2023 yang berkuatkuasa bermula 15 Januari hingga 29 Januari 2023.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pada masa yang sama, ayam dan telur ayam sedang dikawal harganya di bawah pelaksanaan penentuan harga ayam dan telur ayam.

Katanya tempoh pelaksanaan SHMMP adalah selama 15 hari iaitu tujuh hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tujuh hari selepas perayaan.

"Saya harap tidak berlaku mana-mana premis didenda itu harapan saya. Berilah kerjasama supaya beri sedikit kegembiraan kepada rakyat hadapi kos sara hidup yang meningkat. kita seru peniaga dapat patuhi dan elakkan menerima saman atau terima tindakan", ujar beliau selepas merasmikan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2023 di sini.

Senarai 8 barangan bagi skim berkenaan ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor), Udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram),bawang putih cina,ubi Kentang Import (China),Kobis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing)

Turut disenaraikan babi hidup (Kawalan diperingkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Katanya tempoh pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2023 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

Sementara itu, Datuk Seri Salahuddin berkata, isu bekalan telur ayam dijangka selesai dalam tempoh 3 bulan lagi.

Manakala, isu ayam hampir selesai berikutan tiada laporan masalah bekalan diterima ketika ini.

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN, Datuk Seri
Salahuddin Ayub)

Media Baharu