fb fb fb fb fb

Pelaksanaan intervensi jamin sekuriti makanan

KUALA TERENGGANU,12 JANUARI- Pelaksanaan intervensi dalam pemasaran telur ayam adalah bagi memastikan kecekapan pengurusan rantaian bekalan.
  
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Nukman Hashim berkata, "inisiatif itu bagi menjamin sekuriti makanan."
 
Menerusinya, "telur ayam akan dibekalkan kepada rakyat secara konsisten melalui kedai runcit di bawah bimbingan FAMA mengikut harga yang ditetapkan," katanya selepas melakukan tinjauan agihan telur di Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Chendering.
 
Menurut rekod, sejak 13 Disember lalu, FAMA Terengganu telah membawa masuk lebih 346,000 biji bekalan telur dari negeri lain untuk memenuhi keperluan kira-kira 3 juta penduduk negeri itu.

(Tinjauan agihan telur di FAMA Chendering)

Media Baharu