fb fb fb fb fb

Satu PPS masih beroperasi di daerah Kampar

KAMPAR, 12 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak menunjukkan sedikit peningkatan kepada 91 orang daripada 24 keluarga.

Angka itu dicatatkan setakat 4.00 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu di daerah Kampar.

PPS Sekolah Kebangsaan Sahom, dibuka secara rasmi pada 9.00 malam pada Rabu susulan hujan lebat berterusan.

Akibat kejadian itu, penduduk Kampung Sahom dipindahkan ke PPS tersebut.

(Penduduk terjejas banjir di Perak)

Media Baharu