fb fb fb fb fb

Kerajaan fokus isu rakyat berbanding projek mega

KUALA NERUS, 12 Januari- Kerajaan Perpaduan mengutamakan kebajikan, pendidikan, kesihatan rakyat dan projek tebatan banjir berbanding pelaksanaan pelbagai projek mega.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi memastikan agenda itu berjalan lancar, beliau turut menyatakan kesediaan dan keterbukaannya untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

"Program 'rahmah' merupakan pendekatan yang digunakan bagi soal kebajikan. Itu merupakan tema untuk semua program bagi membantu golongan miskin, terutamanya miskin tegar. Itu menjadi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sekarang," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan di Universiti Malaysia Terengganu.

Dalam pertemuan tertutup itu beliau mahu semua pemimpin jabatan meningkatkan usaha dan memberi keutamaan terhadap agenda yang digariskan.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu