fb fb fb fb fb

Tiada kes COVID-19 bagi kemasukan pelancong China - Dr Zaliha

PENDANG, 12 Januari- Tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 dan yang bergejala yang dikesan dipintu masuk negara, terutama pelancong dari negara China.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata sehingga 8 Januari lalu, lebih 4,000 pelancong dari negara itu telah masuk ke Malaysia.

"Yang terakhir jumlah pelancong itu melebihi 7,000 orang. Bagaimanapun tiada kes jangkitan atau yang bergejala dikesan di pintu masuk negara.

"Perkara itu merupakan status yang baik, namun kita mengambil langkah-langkah berjaga-jaga bagi semua kemasukan pelancong dari seluruh negara," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan di Hospital Pendang di Pendang, Kedah di sini.

Terdahulu beliau menerima replika kunci daripada Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebagai simbolik penyerahkan Hospital Pendang
yang baharu.

Tunku Mahkota Kedah,Tunku Shazuddin Ariff Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin turut berangkat menyaksikan penyerahan projek tersebut.

Hospital itu bakal beroperasi pada 15 Februari depan turut menempatkan sebanyak 126 katil pesakit dan empat buah dewan bedah.

Pembinaan tersebut telah diluluskan dengan kos keseluruhan sebanyak RM255.27 juta termasuk kos pembinaan dan perolehan peralatan perubatan.

Kos kontrak pembinaan adalah sebanyak RM210.64 juta dengan tempoh pelaksanaan selama 214 minggu, meliputi komponen-komponen utama iaitu bahagian pentadbiran, perkhidmatan pesakit dalam, perkhidmatan pesakit luar, pengimejan diagnostik dan perkhidmatan perubatan.

(Dr Zaliha Mustafa)

Media Baharu