fb fb fb fb fb

Masih terlalu awal bincang PRN di enam negeri- Anwar

KUALA NERUS, 12 Januari-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan masih terlalu awal untuk mengadakan perbincangan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keutamaannya kini adalah kepada tugas-tugas berkaitan selepas dilantik sebagai perdana menteri.

Tambah beliau, penetapan tarikh PRN adalah di luar bidang kuasanya dan terpulang kepada kerajaan negeri terlibat.

"Kita akan bincang..Bagi saya bagi saya dalam sebulan dua ini hanya tumpu soal kerja (tugas sebagai Perdana Menteri) kerana belum bincang PRN ini. Soal negeri akan bincang bila sesuai. ujarnya selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berpendapat lebih baik enam negeri yang belum membubarkan Dun mengadakan PRN secara serentak selepas habis penggal tahun ini.

Beliau dipetik berkata, pembubaran Dun secara serentak di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan adalah wajar bagi memudahkan pengundi mendapatkan cuti selain memastikan kos untuk mengadakan PRN tidak terlalu tinggi.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Media Baharu