fb fb fb fb fb

KPDN bakal siasat punca sebenar peruncit kenakan caj tersembunyi ke atas telur ayam

(FOTO RTM)

ALOR SETAR, 12 Januari-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melakukan siasatan terperinci bagi mencari punca sebenar peruncit mengenakan caj tersembunyi ke atas penjualan telur ayam.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, peniaga tidak kira sama ada kedai runcit ataupun kedai besar tidak sepatutnya meletakkan caj tambahan memandangkan telur ayam berada di bawah harga kawalan.

Beliau berkata, maklumat awal mengatakan peruncit terpaksa mengenakan kos tersebut kepada pembeli kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi.

Katanya siasatan sedang dijalankan Pengarah Penguatkuasa KPDN, Azman Adam.

"Tetapi sebenarnya kita tidak menyalahkan peruncit sebab sekiranya masalah dia adalah bagaimana hendak dapatkan bekalan. Dia membeli telur itu dengan harga jualan. kita telah dapati ada beberapa kes sebegini", ujarnya ketika ditemui selepas melancarkan Aduan Suri dan Peremajaan Semula Aduan KPDN 'Aduan Suri' bersempena Karnival Jualan Rahmah di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar.

Melalui insiatif perkhidmatan platform aduan dapat membantu mempercepatkan tindakan maklum balas aduan lengkap yang diterima dalam tempoh 14 hari berbanding 21 hari.

Berdasarkan data KPDN menerima 29,265 aduan kepenggunaan sepanjang tahun 2022.

Turut diadakan jualan 16 barangan harian seperti beras,minyak, telur ayam dan ayam pada harga murah dalam Karnival Jualan Rahmah anjuran KPDN dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti dan mendapat sambutan hangat penduduk setempat.

400 ekor ayam dan 400 papan telur yang dijual RM10 habis dijual dalam tempoh sejam.


(Timbalan Menteri KPDN, Fauziah Salleh)

Media Baharu