fb fb fb fb fb

Dua bulan dijangka selesai roboh 216 jeti haram - Polis Kelantan

Foto RTM

PASIR MAS, 28 Oktober - Operasi meroboh jeti pangkalan haram di sepanjang sempadan Kelantan–Thailand bermula hari ini di Rantau Panjang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata, operasi berkenaan dijangka akan mengambil masa selama dua bulan dengan keutamaan di berikan terhadap 216 jeti haram di atas tanah milik kerajaan.

Secara keseluruhan, terdapat 223 jeti haram dikenal pasti di sepanjang Sungai Golok dari Tumpat hingga Jeli, termasuk tujuh jeti di atas tanah persendirian penduduk.

"Saya percaya dan saya yakin bahawa rakyat sepanjang sungai golok ini dah faham dan saya harap bagi kerjasama sepanjang kerja perobohan ini.

"Ini adalah untuk memastikan kesejahteraan, keamanan dan keselamatan penduduk Kelantan", katanya selepas meninjau operasi rintis roboh di jeti pengkalan haram di sini, hari ini.
 
Sementara itu, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan Datuk Nik Raisnan Daud berkata, operasi terbabit dilakukan selaras peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.
 
Menurutnya, penduduk terlibat di minta supaya memberikan kerjasama yang baik bagi melicinkan pelaksanaan operasi.

Trainee