fb fb fb fb fb

Isu perubahan iklim: Kerajaan komited cari penyelesaian

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 12 Januari-Usaha menangani isu perubahan iklim yang membawa kepada bencana banjir menjadi agenda utama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Menurut Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, pihaknya komited mencari penyelesaian kepada isu yang membelenggu masa depan negara.

Setiap komitmen kerajaan akan diteliti secara terperinci untuk memerangi perubahan iklim dan impaknya.

Tegasnya, kerajaan perlu telus dan berani menegakkan kebenaran dalam menangani pelbagai isu melanda negara.

Rakyat berhak diberi penjelasan yang berfakta agar tidak timbul salah faham.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu Slot Alfa di Konti Nasional FM di Wisma Radio, Angkasapuri.


(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad)

Media Baharu